Pages

Friday, January 22, 2010

Kegilaan Korea semakin membara

Pernah dulu aku katakan bahawa cerita Korea ni panjang-panjang.Letih aku nak mengikutnya.Tapi rasanya sekarang aku dah termakan dengan kata-kata aku sendiri.Kegilaan terhadap cerita Korea semakin membara.Tapi aku masih tak melupakan cerita-cerita Jepun ku yer.

Yang menariknya aku sanggup belajar bahasa Korea secara online.Mama pun menyokong aku belajar bahasa Korea.Memang mama tahu aku minat terhadap bahasa sejak dari dulu lagi.Apa-apa bahasa sekalipun aku akan cuba belajar dan emngetahui serba sedikit perkataannya.Sekarang dalam usaha nak masuk kelas bahasa mandarin.Berapa banyak bahasa aku nak belajar ni?Hehe..aku teringin nak jadi macam Datuk Mahadzir Lokman yang mampu berbahasa hampir 7 bahasa asing rasanya.Tak pasti pula tentang hal berkenaan.Tapi kredibiliti beliau sebagai seorang pengacara memang aku suka dan aku kagumi.

Bila dah membara kegilaan terhadap Korea, semua cerita dekat channel 303 Astro tu aku nak tengok.Semakin banyak bahasa yang aku pelajari sampai sekarang ni panggil dekat mama uh muni(mak) & dekat najib panggil dia ajumma(makcik).Najib pun hairan tengok aku fanatik Korea secara tiba-tiba siap aku cakap dekat dia nanti kami kena pergi bercuti ke Korea.huhu..harap2 menjadi yer.





No comments:

Post a Comment