Pages

Monday, November 16, 2009

Duka yang melara-lara...

Itu ayat terbaik untuk aku sekarang.Duka yang melara-lara!Tak ada ayat lain yang lebih sesuai.Walau aku cuba untuk tahan air mata ni daripada jatuh lagi, nyata aku bukan sekuat itu.Lantas, laju sahaja cecair jernih ini turun dari tempat ia bertakung.Sebaik mana aku bersedia menerima berita itu, aku tetap lemah.Pesan kaunselor aku, kak ina menangislah kalau aku rasa ia mampu memberikan aku ketenangan dan membuat aku meringankan beban masalah yang aku fikir.

Aku cuba menjadi manusia yang tabah setiap kali diuji dan diduga.Tapi sampai bila harus aku menghadapi kekecewaan?Aku bukan mempersoalkan takdirNya tapi aku letih berdepan dengan masalah yang sama.Aku malu untuk menyatakan pada semua dengan kekecewaan yang sering terjadi.Kekecewaan yang sama setiap kali!!!Arghh..teruk sangatkah aku ini??!!

Nak bersedih tiada gunanya sebab itu telah tertulis.Aku perlu fikir langkah seterusnya.Jangan pandang belakang mungkin istilah terbaik untuk aku buat masa ini.Kalau aku pandang, aku bertambah duka bertambah lara.Pandang ke hadapan dan mencongak arah yang seterusnya.Cuba berfikir secara positif.Setiap yang terjadi ada hikmahnya.Hikmah aku daripada kekecewaan yang tak sudah ini?Simple je..Berhenti mengharap untuk perkara itu!Bunyinya seperti aku putus asa tapi itu yang perlu aku fikir kerna aku perlu merencana langkah seterusnya.Memilih jalan kedua mungkin?!

Siapa patut aku beritahu sekarang?NAJIB!!Tapi dia tengah exam.Takkan nak fikir masalah aku pulak.Kesian dia nanti.Menanggung sendiri tak sanggup rasanya.Kawan-kawan kolej!Hurmm..aku tahu diaorang sangat ambil berat akan aku dan sentiasa mendorong aku tapi harapan yang mereka letakkan pada aku musnah sebenarnya.Keluarga!Owh tidakk..mereka akan bertambah duka dan kecewa lebih hebat dari aku.Kusutnya otak!Serabut jiwa!Patutkah aku mendiamkan sahaja?Keliru aku buntu!

Dulu cikgu aku pernah cakap orang yang baik serta sering berkorban untuk orang lain, dia akan diberikan hadiah berganda.Adakah ini hadiah berganda aku?Tak mampu aku terima dan tak rela aku tolak.

No comments:

Post a Comment