Pages

Wednesday, November 18, 2009

Hari Berduka Semua Orang..

Tetiba je pagi ni aku dapat sms dr kawan aku Amy tny sal result kemasukkan satu tmpt yg dh malas ak nak sebut.Aku reply msg tu.Then Amy call pulak.She sound so dissappointed with what happened to all of us (bila aku cakap all of us it mean all of my friends yang mohon untuk masuk tempat tu).Katanya dia sedih sebab harapan dia nak sambung belajar tak kesampaian.Amy..its ok!Masih ada peluang lain kan untuk kita?

Seperti biasa aku on FB dan mendapati ramai lagi kawan-kawan yang bersedih.Banyak yang bertanya aku dapat tak tempat tu.Tak kurang juga yang menggila macam aku semalam.Aku duduk termenung mengadap laptop.Aku perlu buat sesuatu!

Kemudian aku postkan satu pesanan untuk semua kawan-kawan aku yang sedang bersedih dan berduka lara sesuatu yang memotivasikan mereka.Aku mahu mereka kembali bersemangat dan bukan lagi berpatah hati.Walaupun hakikat sebenarnya aku juga sudah hancur sehancur hancurnya semalam.

buat kawan-kawan..jangan sedih!nasib kita serupa dan xperlu nak meratapi nasib..kita masih hidup kan?juz we need to think positive and make our next move.kita kumpul smgt rmai2 dan marilah kita cipta episod lain.ak ada korg semua dan korg ada aku jua!


Alhamdulilah..ia membantu juga serba sedikit menaikkan kembali semangat rakan-rakan aku.Walaupun aku tidak tahu dari mana datangnya kekuatan itu secara tiba-tiba, tapi aku percaya Allah itu membantu aku sebenarnya.Dan seketika kemudian, beberapa rakan-rakan lain tampil membuat komen didlm entry tersebut.Rupanya bukan sahaja ada yang bersedih kerana keputusan itu malahan ada yang bersedih kerana kekecewaan lain.Aku hanya mampu berpesan sebagai seorang rakan untuk mereka.

Petang pulak masa sms dengan Dyla dan Sara, aku tetap semangat dan memberikan kata-kata untuk Dyla supaya dia meneruskan perjuangannya ditemapt sekarang walau dia menagdu terasa amat payah untuk dilalui.Sara pula rakan yang memahami dan membuat aku bersenang hati ketika itu.

Malam, entry yang sama masih menerima respon daripada seorang sahabt lama dari sekolah.Dia juga bersedih!Kemudian, Yahoo Mesenger disapa seorang kenalan kolej yang sedang serabut kepala kusut jiwa.Berkongsi rasa yang sama tentang perjalanan masa depan yang seperti tidak pasti arahnya.

Akhirnya sebelum aku nak pergi beradu, aku mahu berfikir.Hari ini semua orang dilanda masalah.Semua orang berhati gundah.Semua orang mengamuk menggila.Adakah hari esok akan sama juga?Harapnya tidak lagi.Hari esok adalh lebih baik daripada hari ini.

No comments:

Post a Comment