Pages

Friday, November 13, 2009

My Best Friend's Girl

WHAT WOULD YOU DO FOR THE FRIEND WHO BROKE YOUR HEART?

1.FORGIVE THEM
2.YOU WILL NEVER SEE HE/SHE AGAIN
3.LET IT BE & CONTINUE THE LIFE AS USUAL


Soalan ni menerjah minda aku masa terpandang sebuah buku di POPULAR BOOKSHOP masa membeli belah ngan kakcik.Tergamam sekejap rasanya dan aku mula teringat kembali soalan yang pernah diutarakan najib (maaf soalan itu adalah rahsia kami berdua).Apa agaknya yang akan aku lakukan jika sesuatu kesalahan telah dilakukan oleh sahabat aku dan kesalahan itu benar-benar mengguris hati aku?Adakah aku rela untuk memaafkan walau hati sebenar terluka?Atau aku membawa diri jauh dari sahabat itu kerna tidak mahu terluka lagi?Mungkin membiarkan sahaja perkara tersebut sebab aku sendiri tak nak tambah terluka?

Tanpa berfikir panjang lagi, ak capai buku tu dan terus ke kaunter untuk membayar harga buku MY BEST FRIEND'S GIRL.Melangkah keluar dari kedai buku dan menuju pulang ke rumah dengan semangat mahu mengetahui jalan ceritanya.

Walaupun baru bab ketiga aku baca (slow sebab dikuasai rasa letih membeli barang bersama kakcik) dah dapat aku rasakan beberapa situasi cemas.Kalau aku diletakkan di tempat itu, sudah pasti aku akan diselubungi mainan emosi.Arghh...bosan betul aku ni!Dapatkah aku berkorban sekali lagi untuk sahabat yang merampas kebahagiaan aku?NO ANSWER FOR IT!Tunggu sampai aku habis baca then aku kongsi lagi pengajaran cerita.

Malam ni otak jammed giler so tak dapat sambung citer kedua aku.Dan esok harap ada berita baik tentang masa depan aku.Semoga Allah memberikan aku peluang itu.Amin...

No comments:

Post a Comment