Pages

Thursday, July 16, 2009

ha?macam xpercaya jer...


Again...as usual pagi2 selak surat khabar.Dan hari ni dapat satu lagi kajian yang telah dijalankan..Oh..masa baca artikel nih rasa macam xbetul je kajian yang dowg wat.Ada ke seorang perempuan itu dikatakan menghabiskan masanya hampir setahun dari seluruh hidup mereka semata-mata nak pilih baju.aduhh...bikin pusing aku aja!!!

So ni petikan itu...

WANITA kebiasaannya akan menghabiskan masa hampir setahun daripada kehidupan mereka untuk membuat keputusan dalam memilih pakaian.

Kajian mendapati memilih pakaian untuk bekerja, keluar makan malam, berjalan-jalan, bersenam dan sebagainya akan membabitkan masa sehingga 287 hari untuk wanita berada di hadapan almari pakaian mereka.

Masa paling banyak dihabiskan ialah ketika memilih pakaian untuk menghadiri majlis sosial pada malam Sabtu atau minggu dan juga memilih pakaian bercuti.

Pakar mendapati secara purata wanita akan menghabiskan sebanyak 16 minit setiap hari biasa untuk membuat keputusan memilih pakaian dan 14 minit ketika hari pagi Sabtu atau Ahad.

Pengeluar pakaian Matalan menjalankan kajian ke atas 2,491 wanita dan memilih wanita berumur dari 16 hingga 60 tahun sebagai sampel kajian.

SUMBER:UTUSAN MALAYSIA,15 JULAI 2009 (KHAMIS)

Tapi bila aku fikir-fikir balik memang ada logiknya.Aku sendiri kalu nak kuar mau tercegat depan almari dok tengok nak pakai baju apa.Kalau aku malas nak pakai baju ala2 ladies (ladies kerr??) nak grab sehelai t-shirt biasa pown ak leh pilih lama.Nak tengok kaler baju la,tudung yang sesuai la..aduss..mmg hmpir 15 min gak kot.

Tapi lembap2 ak pilih baju pown ak cepat siap ok!Rasanya blom ada lagi yang kena tunggu aku kalau bab2 bersiap ni.Bukan nak bangga diri tapi hasil kajian ni macam ya pulak kalau aku tengok balik kat kawan2 ak.

hoho..perempuan aje ker yg mcm tu?laki agaknya bape lama lak ek kalu nak pilih pakaian?nape laa kajian ni xbuat skali kat laki.bukan untuk tujuan membandingkan sekadar mahu tambah pengetahuan...

Terpikir lak aku cam mana dowg wat kajian nih?Kalau pakai borang soal selidik, mau seksa nak analisa 2491 orang punya jawapan.Oh teringat lak zaman2 aku and the geng kena wat borang soal selidik.Nasib baik kami kena wat ke atas 50 responden jer..tu pun jenuh dok kira...kalau 2000 lebih nih mau sakit kepala..

No comments:

Post a Comment