Pages

Monday, July 13, 2009

Lelaki...9 perkara yang tidak akan terlepas


Arini macam biasa pagi2 ku diisi dengan menyelak Utusan Malaysia sambil minum milo panas buatan sndri.Then terpandang la satu artikel menarik ni dan membuatkan aku menilai kebenaran atau ia sekadar satu mitos kepercayaan sahaja...

Aku menilai berdasarkan pengalaman sendiri...dan ia sekadar menambahkan ilmu aku sahaja.

Well..here it is...

1.LELAKI SELALUNYA BETUL
Menakjubkan! Bagaimana lelaki tidak pernah melakukan sebarang kesalahan? Padahal wanita akan menyalahkan diri sendiri apabila daging tidak cukup masak atau tertinggal kunci rumah di pintu dan lelaki selalunya akan mencari seseorang atau apa sahaja untuk dipersalahkan.

KOMEN:huhu..kurasakan betul juga nih sbb tgk kalau laki nak parking dia mesti park dengan betul dan hanya sekali sahaja percubaan.tapi kalu perempuan...terpaksa kuar masuk petak parking sbb nk betulkn kedudukan kereta yang senget...aku lah tu!!!

2.LELAKI AKAN MEMBERIKAN NASIHAT SEDANGKAN ANDA MAHU MEREKA MENJADI PENDENGAR
Lelaki selalunya gagal memahami wanita. Wanita tidak semestinya mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah, mereka hanya mahu meluahkan tetapi lelaki mahu mencari jawapan atau penyelesaian terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh wanita.

KOMEN:
erm...yang ni cam xpasti lak..sbb rsnya ak blom lagi meluahkan apa2 masalah pada lelaki.selalunya aku yang bagi nasihat kt lelaki bila dowg de mslh even dowg just nk ak dgr je..habit ak tu xdpt dielakkan!

3.
LELAKI MENGAMBIL KESEMPATAN APABILA STOKIN BERSIH MEREKA BERTAMBAH DENGAN TIBA-TIBA
Realitinya, seorang lelaki menjadi pakar memasukkan sesuatu barangan ke dalam bakul. Misalnya mereka mampu membuat balingan jarak jauh untuk memasukkan sesuatu barang ke dalam bakul dan diikuti dengan jeritan goal! Tetapi mereka gagal apabila melakukan kerja-kerja seperti memindahkan baju yang telah dibasuh dari mesin basuh ke dalam pengering atau bakul. Jika boleh mereka inginkan almari mereka dipenuhi baju-baju bersih dengan sendirinya.

KOMEN:ahahah...tersangatlan tepat perkara ini.tak ammpu ku elak lagi..gelak besar aku membaca menda ni dan buat aku teringat aksi adik laki ak tiap kali balik skolah.

4.MEREKA TIDAK MAMPU MENGIKUT WALAU HANYA SENARAI EMMBELI BELAH YANG MUDAH
Sama ada mereka akan menelefon anda semula untuk bertanyakan senarai barangan tersebut ataupun mereka pulang dengan membawa dua kilogram keju.

KOMEN:yezzaa...seperti adik laki ku aje fakta nih..kalau disuruh kekedai pasti berpuluh kali dia tny nk beli apa!aduhh..poning pale akak!!

5.LELAKI INI MISTERI
Walaupun mereka ini tidak mengaku, mereka percaya pada prinsip bahawa wanita sepatutnya mempunyai hak dan peluang dalam hal undang-undang, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya.

KOMEN:hehe..lelaki sukar nak mengaku hal ini ya?nnt ak nk tny ngan kwn2 laki ku..siap la korg..wakakka...

6.LELAKI LEBIH SUKA SESAT DARIPADA BERTANYAKAN ARAH
Jarang lelaki mahu berhenti dan bertanya orang apabila tidak menemui arah yang dituju.

KOMEN:BENAR!!!owhh..mengapa ya mereka tak suka bertanya kalau sesat?aku pernah ikut member laki nih dan kami konpius jalan mana nak ikut..kwn laki ak yg sorg ni ckp ko ikut sign board je..nnt ak igt jln ak bg taw..adehh...seb bek bkn ak yg drive ms tu..

7.MEREKA SELALU INGINKAN KEMENANGAN BERADA DI PIHAK MEREKA
Ini termasuk apabila mereka bermain dengan anak-anak. Tetapi tidak bagi seorang ibu, mereka akan membiarkan anak-anak mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya.

KOMEN:dlu penah men frisbee...huh..mmg kwn2 laki ak ni xnk kalah.sakit ak dibuatnya.tapi dowg always fight till the end.bgsnyaa...pastu ak gak yg letih

8.LELAKI MAMPU MENGHADAPI SAAT-SAAT KESUKARAN
Ini merupakan satu kenyataan yang betul tentang lelaki. Mereka sanggup menahan kesakitan dan hanya meminta ubat bius sekiranya tidak lagi mampu menahan kesakitan yang melampau.

KOMEN:owhh..sangat macam acap!acap, ko kalu sakit makan ubat la..dok tahan sakit tu watpe.seksa badan taw ko nih..

9.MEREKA PERLU MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA SUATU PERKARA PADA SUATU MASA
Mereka definisikan sebagai memberi tumpuan dan mementingkan kualiti. Bila anda menyampuk, mereka akan marahkan anda. Sebaliknya wanita pada satu-satu masa mampu melakukan 10 perkara sekali gus.

KOMEN:should i say anything bout this one??i just can laugh...

Dan aku sangat tertarik dengan penutup artikel ni yang begitu baik...

Biar apa pun alasan, pro atau kontra, manusia tidak boleh menidakkan hakikat bahawa lelaki dan wanita sememang saling memerlukan antara satu sama.Hidup tidak akan sempurna atau lengkap tanpa ada salah seorang daripadanya. Malah dalam Islam, Allah SWT telah berfirman bahawa manusia itu diciptakan berpasang-pasangan.Jadi tidak perlulah mengubah fitrah alam hanya atas alasan sains dan teknologi.

No comments:

Post a Comment