Pages

Monday, July 27, 2009

Kisah orang tak tahu berbahasa..


Hari ni aku dan kawan baik aku, cik nani serta kakak dia kak yana plan menghabiskan masa kami dengan main bowling.So tengah hari tu dlm kul 12 cik nani datang la amek aku ngan keta dan kami pun melungsur laju la nak mengisi perut dulu.Pas makan baru kami gerak g pusat bowling yang tak berapa ramai sangat la orang.Agaknya sebab ramai yang kerja kot arini.

So takpe la..kami pun dok bergembira di game pertama dengan aksi-aksi menarik.hehe..yang bestnya aku dapat buat strike!cik nani dan kak yana melihat aku melompat kat lane dengan penuh gembira..itu sebab ak nak memotong markah cik nani yang harini sungguh hebat pula dia bermain.

Dan permainan diteruskan untuk set yang kedua dan kali ini cik nani benar-benar mahu menang.Tapi kebangkitan kak yana dengan balingan yang menarik membuatkan aku dan cik nani tercabar.Tak senang duduk dibuatnya dan yang paling kelakar cik nani cuba memandrem akaknya sendiri.jeles la tu kan?hahahaha...

Tengah seronok main, tetiba je muncul la seorang insan yang sungguh tak disangka dan dengan slumber dia amek bola kitaorng.ciss...sungguh kurang sopan!kak yana pn trs bangun dengan tiba-tiba dan aku takut seketika kalau2 kak yana menyerang si lelaki tadi.tapi kak yana blah dari lane kitaorng n g cari ball baru but tak dapat.Hati aku n cik nani dah panas dh.konsentrasi terganggu,emosi marah dan geram melanda kami bertiga.tak lama lepas tu, de la pulak sorg ag mamat nih dtg kat lane kami dan amek ball kami lagi.adoii...sengal alam betol!sungguh menguji kesabaran.

Masalah aku disini ialah napa la dowg ni tak mintak izin dulu sebelum nak amek ball tu?Bukannya susah nak cakap "boleh saya amek ball ni?" dan bukannya kami tak bagi kalau dia mintak dengan cara yang elok.ni tak..main amek jer.tak pasal2 menaikkan darah orang n free2 je aku dok beremosi kat situ.sangat menjengkelkan la perangai manusia spesis macam ni.uh..tension aku.apala gunanya kerajaan buat kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA sedangkan masih ramai lagi manusia2 yang tak tahu nak berbudi bahasa.

Kalau ikut hati aku yang dah hilang pertimbangan ni, nak je lepas main tu aku baling ball yang ada kat kami kena sekor2 yang curik ball tu.biar berbenjol kepala kau supaya next time kau ingat sikit untuk berbudi bahasa dengan orang.dah la kau amek ball size 7 and 8.malu la sket aku ni leh angkat ball size 12 takkan la ko nak amek ball size 7 and 8?sangat sadis la.dah la yang geng laki yang mula2 amek ball kami tu baling bola cam main bowling kelapa.len kali bawa kelapa la jadi ball kau.eishh...geramnya aku!!!

Balik rumah jer aku citer kat adik lelaki aku dan adik lelaki aku pun naik geram sama.dia cakap napa la aku tak lawan balik?kalau dia ada kat situ nahas la laki tu kena dengan dia.adik laki aku ni memang pantang kalu ada sesapa yang dok menyakitkan hati kakak dia.

Huh...harap next time main aku takkan jumpa lagi dengan manusia2 spesis macam ni dan aku takkan jumpa lagi dengan insan2 tadi tu.arghhhh....

No comments:

Post a Comment